Subhanallah! Perhatikan Fenomena Misteri dialami Pemuda ini di Kubur Ibunya.Aneh tapi Benar.
Kisah benar ini terjadi di England.Beberapa bulan sebelum itu seorang wanita tua telah meninggal dunia dan telah dikebumikan di satu tanah perkuburan di Blackburn.Wanita tersebut mempunyai seorang anak lelaki.

Setiap kali anaknya datang menziarahi kubur ibunya ini,terjadi sesuatu yang pelik dan aneh.
Setiap kali apabila pemuda itu sampai di kawasan perkuburan itu tiba-tiba akan ada seekor burung yang muncul di hadapanya.

Burung itu akan segera mendahului perjalanan lelaki tersebut seolah memimpin lelaki tersebut ke kubur ibunya.Yang anehnya,burung tersebut mengikut lorong yang betul sehinggalah sampai ke kubur ibunya.
Setelah sampai di kubur ibunya burung itu pula mula mengelilingi kubur itu semasa lelaki itu sedang membacakan doa dan surah Yassin untuk ibunya.

Burung itu kelihatannya begitu setia menanti dan menunggu pemuda itu hingga dia selesai membaca doa.Begitulah yang terjadi setiap kali pemuda ini melawat ke kuburan ibunya.
Apa yang berlaku ini hanya Allah yang tahu sebabnya. Mungkin ada sesuatu mesej atau petunjuk yang perlu kita cari dan kaji.

Mungkin juga semasa hayatnya, arwah ibu ini merupakan seorang yang alim dan menyayangi haiwan. Namun itu hanya andaian kita.Allah lebih mengetahui sebabnya.Wallahualam.


Sumber : http://www.dharian.com/nodes/8344